Kerap sakit kepala punca Barah Otak ??


Sejak 2 3 hari ni kepala aku kerap sakit , sakit kali ni yaallah hanya tuhan jea yang tau macam mana penderitaan yang aku alami . tiap tiap malam aku meraung menahan kesakitan , tiap tiap malam juga lah aku tabole tido na gtau kat mak rasa takut . tapi tapa lah biarla aku pendam simpan apa yang aku rasa . mungkin ni semua penghapus dosa dosa ku malah ujian dari ialahi .

aku makan ubat banyak mana pun sakit tetap tabole hilang and takan hilang . macam macam aku buat tapi ttp ta berhasil . sakit kali ni agak pelik sampai kan aku na buat apa pun semua tabole seolah olah aku lumpuh 1 badan . 1 bunyi pun aku tabole dengar . sampaikan adik buka pintu bilik pun kepala aku berdersing sakit yallah seolah olah pisau menikam kepala aku . 

aku nekad kalau kepala aku sakit lagi bsok aku kene pergi hospital chek doktor . takut takut ada apa apa yang berlaku dalam kepala aku . dalam hati aku asyk fikir , aku kene barah otak ke sampai sakit seteruk macamni ?? jika yea . kau tabahkan hati hamba mu ni yaallah ! aku mohon padamu , aku tawakal .



aku buat reasch kat google punca kepala sakit and barah otak so ni yang aku dapat . so aku na share kut kut bole cegah dari awal kan :) 



SAKIT . kerap sakit kepala antara simptom awal barah otak .


Apakah penyebab barah otak?

Sehingga kini penyebab kanser otak masih belum ditemui namun pengkaji masih mencari jawapan kepada masalah ini .
Antara faktor utama ditemui adalah genetik , keturunan , persekitaran dan bahan kimia .


Apakah faktor yang boleh meningkatkan risiko barah otak ?

Tidak terdapat faktor risiko yang jelas di kalangan pesakit yang menghidap barah otak . Kajian dijalankan mendapati sesetengah jenis barah otak lebih kerap berlaku kepada pekerja kilang penapis minyak , industri pembuatan bahan getah dan dadah selain ahli kimia .

Apakah gejala barah otak ?
  • Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding tengah hari
  • Sakit kepala berterusan diikuti loya dan muntah
  • Pandangan kabur
  • Sering lupa
  • Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
  • Gangguan percakapan
  • Kesukaran menggerakkan kaki dan tangan
  • Gangguan ingatan atau perubahan personaliti
  • Kerap diserang sakit kepala

Gejala di kalangan kanak-kanak
  • Loya dan muntah
  • Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda atau juling
  • Gangguan makanan
  • Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok
  • Perubahan pada gaya berjalan seperti terhincut
  • Kesukaran berjalan
  • Letih dan lemah badan
  • Peningkatan berat badan
  • Perubahan pada endokrin

Apakah jenis barah otak ?
  • Supra tentoria (bahagian atas otak)
  • Infra tentoria (bahagian bawah otak)

Kanser pada bahagian atas otak ialah :
  • Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf)
  • Craniopharngioma (berasal daripada saki baki Rathker)
  • Kanser kelenjar pinea

Kanser pada bahagian bawah otak ialah:
  • Infra tentorial
  • Medulloblastoma (belakang otak)
  • Cerebeller astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum)
  • Brain stem glioma (pangkal otak)
  • Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia. Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus jenis yang paling kerap berlaku.

TOLONGGG benda ni amat menyakitkan :(

Tapi benda ni juga lah penting sebab na tau ada ketumbuhan ke ta dalam otak kita . pffttt -.- bole botak kepala kalau tiap tiap bulan aku kene scan mcmni 

Apakah rawatan yang dijalankan bagi mengesan barah otak ?

Biasanya doktor akan membuat diagnosis melalui pemeriksaan neurologi termasuk ujian mental , pemeriksaan mata , ujian pendengaran, kuasa dan pemeriksaan saraf kranial dan lain-lain . Selain itu doktor akan melakukan pemeriksaan menggunakan alat pengimbas tomografi berkomputer iaitu sejenis alat sinar-X menggunakan komputer untuk memaparkan struktur otak terperinci .

Biopsi- kaedah ini dilakukan bagi mengesahkan kewujudan tumor otak disamping menentukan jenis histologi tumor .

Pengimbas Pet (Positron Emission Tomography)- alat ini menggunakan bahan gula yang dirawat menggunakan bahan radioaktif deoksiglukosa . Bahan ini akan disuntik dalam vena dan proses pengimbasan dilakukan .

ODAH ODS :)

:(

rindunya yaallah . tatau na cakap macam mana lagi . tolong lah faham saya rindu kan awak sangat sangat . sampai bila saya na pendam semua ni :(


ODAH ODS :)

ada apa dengan OMBAK RINDU ??

orang ta berhenti post benda yang sama pasal cerita 'ombak rindu ' grrr best sangat kea cita dia ?? 
mula mula keluar too aku intersted juga la na tengok tapi bila lama lama alamak macam bosan jea . ta abis abis ombak rindu -.-

ada yang update lepas tengok compom ta menyesal . yeke .ehem ehem . HEHE ada juga lah aku terbaca kt status facebook , tamenyesal aku bayar rm13 semata mata na tengok ombak rindu , cerita dia memang best sampai berjaya buat aku menangis . waaaa kalau tengok ngn lelaki . lelaki too ego lebih hati batu keras hati segalanya lah . HAHA 

so harini hari jumaat dengan rasminya aku na juga tengok cerita too . I dun't care . sorang pun sorang lah . janjy tengok . aku pun naik busan terperap kat ruma 


\

taraaaa . HEHE 



yang ni PALING BEST .!! lirik dia memang ada kene mengena n aku tujukan kt someone bagi aku 'cerita cinta talepas ' HEHE so lagu ni memang untuk u sesuai untuk u bot :)


ODAH ODS :)

Make Fats Crying Tonight

yehahhhhhhhh . Assalamualaikum :) HEHE 
hye hye just na share sikit pasal kesihatan , asyk na berjiwang jea kan . ni chek na habak mai sejak menjak ni chek rasa bersemangat sikit na kurus lebih sebab chek da ada geng na berjimba . ehh silap na sihat sama sama ^^. weewwwiitttt sapa dia . haaaa sejak oda tengok gambar dia oda rasa WOW gila lah minah ni . ni yang buat rasa terbakar segala terbakar . mula lah ta ddok diam add dia , cari blog dia . bila buka jea blog dy amik kau . apa yang dia buat seharian sama ngn oda , means dia ni suka bakery , suka masak , suka shoping , suka bab bab jaga kesihatan , so kiranya oda ni ada geng lah . 



 SEBELUM ! 


SELEPAS :)


Tengok berbezakan bila orang yang gemuk jadi kurus , makin comel makin cantik kut . wahh si adik cantik manis ni jadi sumber inspirasi saya :)) Thank You so much anne .
Alhamdulillah ada juga insan yang satu hati satu jiwa ngn den . HEHE na tengok dia ta ??  http://dianesera.blogspot.com/ ha bole lah clik link too kalau na tau macam macam pasal dia . dalam blog dia masyallah bila godek godek perghh macam macam info dapat da too siap bole cuci mata sambil telan air luir lagi kut . HEHE ta caya ?? tengok lah sendiri ^^.  . dia ni bagi oda coach oda yang ketiga lah , HEHE macam macam tips oda dapat pasal gym . oda mmg obses gila pasal gym ni tapi tapi . alaaahaiii sekarang ni da down sikit sebab tada masa , tapi dia tetap bagi semangat :) thank you lagi sekali anne !!



so harini baru jea kejup tadi lepas bakar lemak HEHE , sebab pagi tadi bangun lambat dengan ta sihatnya lagi kan so memang ta joging lah cita dia , jadinya memang malam kene kerja keras sikit lah :p HOHO so tonight oda baru jea buat senaman kardio , na tau apa itu kardio ??? HAA meh ler tengok video ni 


yang ni 1st sekali buat 




ni yang kedua 


PERGHHH !! penangan dia . memang tang kaki kejang sakit tuhan jela yang tau rasa dia macam mana ni semua angkara ta workout 3minggu . tapi tapa memang puas hati bila da buat semua ni . now I'm happy sebab dapat berpeluh :D hehe 

kalau ta berpeluh 1 hari badan mesti rasa sakit , so na tana memang kene excerise !! 

so gambar ni memang motivated bagi oda ^^.


dan yang ni pula target oda untuk tahun ni dan bulan ni . Insyallah I will do it and NOT EVER GIVE UP !!


oh come on . I want your body . pffttt -.-' saya na badan macam dia bole . warghhh kene usaha lebih ni . dalama sangat usha badan JLO . weeewwwiiittttt . cuba bayang kan kalau oda badan macam dia  , masyallah , subahanallah , syukur sangat sangat . Insyallah doakan oda :) 





ODAH ODS :)

ayokk tatau !

Ala ala alaaaa napa followers oda hilang terus :( apa oda da buat . sobsss na tukar badground punya pasal terus hilang semua . grrr ni lah dia budak tatau selok belok pasal blog -.-

guys do follow me back pleaseeeeeeeee , walaupun saya ta famous , blog macam kanak kanak tapi takisah lah follow balik . ta kira  ta kira  HEHE :p

TERIMA KASIH ! nanti oda follow balik yea ^^.  ( sharing is caring ) weewwwiiitttt
ODAH ODS :)

Why me ??

Assalamualaikum . 

So today masuk hari ke 6 aku tasihat , wahh hebat hebat ddok ruma terperap dalam bilik jela kan . HEE 
sepatutnya aku kene siapkn proposal dengan design logo , tapi  1 apa aku tabuat bsok da kene anta , YAALLAH berikan lah aku kekuatan , napa badan aku lemah sangat arini , macam macam aku fikir . Sampai da tatau na buat apa lagi . 

Sebenarnya hati aku ta tenteram , aku keliru , napa perlu aku lalui semua ni , patot ke aku fikir pasal dia . Setiap hari setiap masa aku tapernah lupakan kau , hati aku tapernah berhenti rindu kan kau . Adakah ini dinamakan cinta sejati atau cinta buta ??  Ntah lah aku tatau napa arini hati aku rindu kau sgt sgt  , I buka wall u ttbe i nampak gambar budak too lagi . setiap kali i buka mesti nampak dia mesti ada gmbar yg dia tag kt wall u . i keliru . yes i know budak too still young muda dari i tapi i tatau napa i jeles sangat ngn dia . myb i terasa sebab masa too u datang melawat dia time dia sakit kat hospital . tapi bila i kene tahan wad tada pula u datang jenguk i kan :( I know who I'm tapi perlu kea u na bgtau kt i yg  u melawat dia siap bgtau hospital mana lagi . MOTIF ?? na sakitkan hati i or u na minta simpati dari i . 

Yes , its true i yg minta u jauh kan diri u dari i , i yang minta supaya u jangan cntc i or msj i lagi , sebab i tana hati i di sakiti . tapi ternyata kali ni u buat betul betul u langsung ta cntc i msj apa tah lagi . kalau ta sebelum ni i ckp benda yang sama u still cntc i lagi u cakap ' I rindu u , suka ati i lah na call kea tana kreadit i bukan kreadit u ' I ingat ayat ni sambil ckp ngn u smbil too i tersenyum lebar . hanya ALLAH je yg tau perasaan i masa too . YES I'm fall in love with u i da pun buat pengakuan dan u pun cakap benda yang sama tapi u cakap ngn i u tabole na go on sebab u na stelkan hal family u . okay i paham sebab u anak sulung . I still bersaba sampai 9 bulan i tunggu u . yes bagi u benda ni baru jea sebab u pernah cakap kt i ada perempuan yg tunggu u lebih dari 1 tahun . tapi bagi i 9 bulan i tunggu seorang lelaki cukup lama sebab sebelum ni i tapernah tunggu selama ni , tapi i still bersaba dengan semua ni . but lastly ..... what happen ?? why me :( 

U kerap cerita pasal budak too pasal arwah tunang u . ehh jup mak u cakap u tatunang pun seblum ni . ni lagi satu napa u tipu i , sampai hati u buat i macam ni :'( apa yang sedang bermain dalam fikiran u sebenarnya . hati i menangis bila mak u cakap macamto . sumpah sakit tapi benda da pun lepas myb ada sebab napa u buat semuani kan . mungkin i tapernah na faham keadaan u . its okay :) 

I rindu sangat sampaikan i msj mak u minta pendapat semua . your mom said ' u are totaly ego and u are not perfect ' i already know about that , tapi i tatau napa napa napa mesti i rindu kan u sedangkn u berdiamkan diri . ttbe jea u mesej i cakap benda yang ta septotnya i baca tapi tapa lah u cakap u na block u dari fb . eh eh bila i chek ada lagi . napa ta block jea terus ?? I tatau sampai sekarang i asyk fikir apa perasaan u sebenarnya  , apa yg u na ? napa sebelum ni u layan i i rasa macam u bf i cara u layan i YAALLAH i tatau na cakap apa dalam 1 hari too hp i penuh ngn num u , msj u :D I happy gila sampai kan orang syak u ni bf i padahal ta pun 

p/s : i tapernah save num u tapi i ingat nombor u . HEHE 

Now i tatau na cakap ap lagi . i harap u happy dengan life u sebab hati i pun da tabole na tampung semua ni  , i redha dengan ketentuan ilahi , mungkin ada hikamh semua ni . I harap u ta lupakn i :) act i ada benda na cakap ngn u seblum ni tapi ta kesampaian . HEHe now i na cakap , u are my idol ,my everything sebab apa ?? sebab apa yang i na sebelum ni ada kt u bila i da dapat i happy sangat sangat , i na sangat u jadi coach i sebab i mmg obess gila na pergi gym now i workout pun sorg sorg . semangat yg dulu u selalu bagi i da hilang sumpah i sedih , i rindu na dengar suara u , na webcam ngn u , pegang tangan u  yang besar too . Hye i rindu gila ngn pelukkan u :'( 

ODAH ODS :)

How Can I Forgive !


Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan!


Yea,  bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita dan MELUPAKAN perbuatan mereka seolah olah tiada apa yang berlaku . Ia sangat mencabar .
Tetapi , jika kita ingin berjaya , kita perlu berubah ke arah positif dengan melupakan perkara perkara negatif yang membelengu diri kita . buang segala kebencian seterusnya memaafkan serta melupakan kesalahan mereka kepada kita :)


Dengan itu , diri kita akan sentiasa positif tanpa unsur unsur negatif yang membelengu .
Mari kita sahut cabaran ini !! MARI MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF !! MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN ^^.


“ Lebih senang memaafkan seorang musuh , dari memaafkan seorang kawan ” -William Blake-



Kata kata ini seringkali kita dengar . Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula , dari memaafkan seorang kawan ? Hakikatnya org yg kita kasihi , sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul ta kawan kawan ?


Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa . Kita tidak kenal musuh , jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan . Tetapi apabila seorang kawan yang anda kenali hati budinya , kasih dan sayang padanya , jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam .



Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya  , walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan . Kenapa ? Sebab jika tidak memaafkan , dendam akan berkumpul di dalam hati , seterusnya mengikis motivasi .


Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan , seolah olah tiada apa yang berlaku . Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi . Namun dengan amalan berterusan , Anda mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti orang orang cemerlang ini .Memaafkan lebih baik dari berdendam . Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara .



Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian ?
Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun .

Yea , memanglah mencabar untuk kita memaafkan kesilapan orang lain . Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil . Tapi , janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun tahun berdendam .
Sesungguhnya memaafkan dan melupakan itu lebih baik dari berdendam .


Memang susah untuk kita berbaik baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu . Tetapi , cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya , melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya .





Kesimpulannya , jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar , bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain ?
Yea , mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan , tetapi cuba kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut . Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka . InsyaAllah :)
ODAH ODS :)

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam

Kalau kita sukakan seseorang ,
jangan beritahu si dia .
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ,
Tapi luahkan pada Allah ,
beritahulah Allah .

Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita .
Cintai Dia Dalam Diam ,
Dari kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan .
Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana
hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah !

' Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah . '
(Adz Dzariyat : 49 )

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah , berdoalah & berpuasalah

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang ta kunjung datang ,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan
seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak .

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang , 
namun kau tahu cintamu ta terbalas ,
Allah SWT tahu apa yang ada didepanmu dan dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik
untukmu





Cukup cintai dalam diam 
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya 
bukan kerana menghindari dunia 
tetapi meaih syurgaNya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya 
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus 

Cukup cintai dari kejauhan 
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian 
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan 
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan 
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan 
menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati 
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi ??

' .. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu . 
Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui . '
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti , 
kelak ada insan yang bakal dilukai  ,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki , 
nanti hati yang kecewa sendiri .

Sebaliknya
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi , 
nescaya dirimu ta sesekali dizalimi , 
kerana dia mendengar pengharapanmu setiap kali dan dia menunaikannya dengan caraNya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesedaaran dan keikhlasan 
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan 


If you really love her , you won't touch her .
Not even the slightest bit .
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah .
Just hold her in your heart for a few more years .
Then you can do it the halal way 











ODAH ODS :)

Aku Tidak Meminta Seseorang Yang Sempurna

Ya Allah .
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu , tidak ya Rabb, 
Kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu , 
dan akupun tahu , tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan , 
Maka , aku meminta padaMu seorang yang ta sempurna ya Rabb , suapaya dia merasa sempurna ketika
diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya 
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaanya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya
Yang ta akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba
Seseorang ang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala keluh kesahnya
Sesorang yang kn ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya 
Yang kan selalu kujanji bersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba

Ya Allah . 
Wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu , 
Dan jadikan barakah dalam apa apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu , 
Andai Engkau berkehendak lain , 
Sesungguhnya sebenar benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat , 
Maka jadikanlah kehendakMu , bukan kehendakKu .

Sesungguhnya aku tidak mengetahui , sedangkan Engkau Maha Mengetahui , Takdirkanlah kebaikan bagiku dan jadikanlah hatiku meredhainya . 

AMIN !

Sumber : aku islam.com

ODAH ODS :)

Saya Anak Malaysia !

Malaysia Tanah Air Ku !!

Malaysia vs Indonesia


Wahh dalam diam diam aku tasuka tengok bola nth kenapa harini aku bersemangat na tengok . myb sebab aku pakai jessy Malaysia tgh hari tadi kut dok tayang kt Kl Sentral too orang none stop pandang aku . HAHA perasan suda :P

PEACE ! tengok bukan main semangat lagi sbelum na ke kolej sampai ID card plus button herbalife pun pakai . wahh aum aum <3 cantik na bole nampak kantoi di situ saya pinjam baju adik . HAHA balik balik kene tiau kaw kaw pinjam baju ta gtau . ahh lantak pii janjy aku da selamat pakai . aumm :p

Sakit sakit sakit jantung , tekak , telinga , macam macam lah tengok bola ni . HAHA  sampai kan kerja projek aku pun bole tertangguh bola punya pasal tatahan dengar godaan orang menjerit GOLLLLLLLLL !!  perghh penangan bola katakan 

tunggu punya tunggu akhiranya tasia sia pengorbanan aku menjerit taberhenti bagi sokongan . CAYALAHHHH MALAYSIA MENANG !!!! 


saluteeeee laaah , WE ARE THE CHAMPION !!


okay aku sanggup tunggu na tengok bola sebab ada mamat ni . perghh sekali pandang waa da jatuh cinta . katanya ' cinta pandang pertama'  whoott whhoottt . siapakah gerangannya . Oh my KHAIRUL FAHMI napa anda sungguh gantenggg ! tergoda I nokk :))


Harimau Muda SIMPLY THE BEST !! 








ODAH ODS :)

Where are you ??

Jap jap napa i update pasal u ?? entah i pun tatau napa ,  tiba tiba i rasa rindu ngn u . ehh jup napa i buka wall u tabole ? abang apa u da buat :( adik rindu kut , adik tatau napa adik rasa semacam gila harini . dok mencari abang . haipppp abang ada mentera adik ehh sampai adik tabole ddok diam ni . ishhh angau lebih . STOPP !! saya kene  lupa pasal awak juga . tapi satu jea saya na cakap kt awak , ' abang thank you so much sebab abang berjaya buat adik lupakan dia , sampai adik langsung ta fikir pasal dia da , apa yang adik fikir herbalife, final projek pasto abang ' too jea . tapi napa abang perlu ada dalam fikiran adik ?? jup lagi adik na tanya kat Allah mana tau Allah ada jawapan semua ni . HEHe :p

ABAAANGGGGGGG tolong lah muncul please . skg ni adik betul betul perlukan abang . sobsss :((
ODAH ODS :)

Bekas da mula berisi :)

Alhamdulillah , tiba tiba aku rasa aku na update pasal ni . Day by day aku tengok semua ex boyfriend aku da ada pasangan masing masing da happy da pun , suka aku tengok korang walaupun hati aku sedih sebab aku jeles kadang too apa yang aku nampak tasama apa yang kau buat kt aku selama aku hidup dengan kau . Myb kau hidup dengan aku bukan sekadar cinta tp hanya sekadar na menutup kesakitan , kesunyian dalam hati kau kan . 


mungkin ada hikmah semuani kan . tapa apa yang aku perlu buat straight forward ! focus ngn kerjaya aku myb Allah da sediakan aku berlian yang aku tanmpk sampai sekarang dan belum masa nya lagi untuk aku miliki . Be strong yeahhh !!! 
Agak agak kalau u terbaca blog i ni i harap u tau yang i tapernah lupakan kenangan kita bersama myb ada silap i sebelum ni sebab 1 i keras kepala , i ego , i cerewet bukan
?? benda da lepas tabole na berpatah balik . i harap u betul betul jumpa orang yang bole jaga u dengan sempura , kita memang tada jodoh sebab too Allah pisahkan kita . jiwang ?? hm biarlah i luahkan apa yang i rasa :)

Aku akan sentiasa menunggu seorang lelaki yang bole terima aku yang bole bimbing aku kejalan yang benar , Insyallah . Allah sentiasa mendengar rintihan hati setiap umatnya terutama sekali umatnya yang sedang bersedih dalam kesakitan .


ODAH ODS :)

Me Love Cupcake ^^.






yeeeehhhhhhaaaaaaa , tengok nampak comel gila kan kan . macam tuannya juga . HEHE . ni haaaa hasil titik peluh saya , my mom , and my littel sister . auuummm  bukan setakat comel jea . tapi sedap okay :p bila makan tengok hasil dia 


kali ni aku buat cupcake rainbow mix with oren fruit . perghhh makan bukan sekali tapi berkali kali ^^. HEHE dap dap . gemuks suda kalau hari hari aku buat benda ni . 
Kalau tengok betul betul ada design HERBALIFE . yess HERBALIFE memang ta pernah miss dalam hidup aku . Di sebabkan herbalife lah hidup aku berubah menjadi lebih ceria , sihat cantik , segalanya lah sampai kan ada yang sayang dengan aku dengan perubahan aku . alhamdulillah Allah da tunjuk jalan yang benar bagi ku :) amin 





ODAH ODS :)

Mengapa jiwaku masih meronta ??


Ya Allah ...
Kenapa aku takut untuk berdekatan dan berdamping dengan ' mereka ' ?
Kenapa aku melarikan diri ?
Kenapa aku tidak berani didekati ,  apalagi mendekati .
Walhal , mereka adalah sahabat sahabat yang ingin memberikanku kebahagiaan .


Aku takut Ya Allah ..
Aku hina ya Allah ..
Kemana lagi aku harus luahkan kata kataku ..
Kemana lagi aku mahu lari ..
Hati aku benar benar kacau !
Imanku ?
Aku tidak pasti sama ada imanku masih kuat lagi ...
Ampunkan aku ...
Aku terima keadaanku sekarang ...
Sungguh sungguh berbeza kehidupanku yang lalui ...
Aku kecundang
Aku kalah
Aku pengecut ! 

Ya Allah ..
Ampunkan segala dosa dosaku .
Tolonglah aku . Kuatkan aku hadapi ini semua :(
ODAH ODS :)

kenapa aku di uji ??


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI ?
QURAN MENJAWAB : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : Kami telah beriman , sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar dan , sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta .” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TA DAPAT APA YANG AKU IDAM IDAMKAN ?
QURAN MENJAWAB : “ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu , Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui . ” – Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
QURAN MENJAWAB : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya . ” – Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST ?
QURAN MENJAWAB : “ Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orran orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang orang yang beriman. ” – Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ??
QURAN MENJAWAB : “ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang orang yang khusyuk ” – Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
QURAN MENJAWAB :  “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang orang mu’min , diri , harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ?” – Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
QURAN MENJAWAB : “Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain dari Nya . Hanya kepadaNya aku bertawakkal .” – Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TA DAPAT TAHAN !!
QURAN MENJAWAB : “ dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir . ” – Surah Yusuf ayat 12

P/S  : Sungguh kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA . DIA memberi dengan hikmah , apa yang PERLU bukan apa yg kita MAHU .
Ketentuan ALLAH sudah cukup sempurna , jangan cemarkannya dengan secalit keraguan .




ODAH ODS :)