How Can I Forgive !


Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan!


Yea,  bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita dan MELUPAKAN perbuatan mereka seolah olah tiada apa yang berlaku . Ia sangat mencabar .
Tetapi , jika kita ingin berjaya , kita perlu berubah ke arah positif dengan melupakan perkara perkara negatif yang membelengu diri kita . buang segala kebencian seterusnya memaafkan serta melupakan kesalahan mereka kepada kita :)


Dengan itu , diri kita akan sentiasa positif tanpa unsur unsur negatif yang membelengu .
Mari kita sahut cabaran ini !! MARI MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF !! MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN ^^.


“ Lebih senang memaafkan seorang musuh , dari memaafkan seorang kawan ” -William Blake-



Kata kata ini seringkali kita dengar . Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula , dari memaafkan seorang kawan ? Hakikatnya org yg kita kasihi , sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul ta kawan kawan ?


Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa . Kita tidak kenal musuh , jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan . Tetapi apabila seorang kawan yang anda kenali hati budinya , kasih dan sayang padanya , jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam .



Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya  , walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan . Kenapa ? Sebab jika tidak memaafkan , dendam akan berkumpul di dalam hati , seterusnya mengikis motivasi .


Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan , seolah olah tiada apa yang berlaku . Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi . Namun dengan amalan berterusan , Anda mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti orang orang cemerlang ini .Memaafkan lebih baik dari berdendam . Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara .



Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian ?
Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun .

Yea , memanglah mencabar untuk kita memaafkan kesilapan orang lain . Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil . Tapi , janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun tahun berdendam .
Sesungguhnya memaafkan dan melupakan itu lebih baik dari berdendam .


Memang susah untuk kita berbaik baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu . Tetapi , cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya , melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya .





Kesimpulannya , jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar , bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain ?
Yea , mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan , tetapi cuba kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut . Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka . InsyaAllah :)
ODAH ODS :)

No comments:

Post a Comment