Kalau kita sukakan seseorang ,
jangan beritahu si dia .
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ,
Tapi luahkan pada Allah ,
beritahulah Allah .
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita .
Cintai Dia Dalam Diam ,
Dari kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan .
Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana
hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah !
' Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah . '
(Adz Dzariyat : 49 )
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah , berdoalah & berpuasalah
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang ta kunjung datang ,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan
seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak .
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang ,
namun kau tahu cintamu ta terbalas ,
Allah SWT tahu apa yang ada didepanmu dan dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik
untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meaih syurgaNya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi ??
' .. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu .
Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui . '
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti ,
kelak ada insan yang bakal dilukai ,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki ,
nanti hati yang kecewa sendiri .
Sebaliknya
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi ,
nescaya dirimu ta sesekali dizalimi ,
kerana dia mendengar pengharapanmu setiap kali dan dia menunaikannya dengan caraNya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesedaaran dan keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
If you really love her , you won't touch her .
Not even the slightest bit .
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah .
Just hold her in your heart for a few more years .
Then you can do it the halal way
No comments:
Post a Comment