Ya Allah .
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu , tidak ya Rabb,
Kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu ,
dan akupun tahu , tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan ,
Maka , aku meminta padaMu seorang yang ta sempurna ya Rabb , suapaya dia merasa sempurna ketika
diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaanya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya
Yang ta akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba
Seseorang ang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala keluh kesahnya
Sesorang yang kn ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya
Yang kan selalu kujanji bersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba
Ya Allah .
Wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu ,
Dan jadikan barakah dalam apa apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu ,
Andai Engkau berkehendak lain ,
Sesungguhnya sebenar benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat ,
Maka jadikanlah kehendakMu , bukan kehendakKu .
Sesungguhnya aku tidak mengetahui , sedangkan Engkau Maha Mengetahui , Takdirkanlah kebaikan bagiku dan jadikanlah hatiku meredhainya .
AMIN !
Sumber : aku islam.com
No comments:
Post a Comment