Ada makanan yang baik dan sudah semestinya ada makanan yang tidak baik yang mana patut dikurangkan atau dielakkan bersesuaian dengan diet anda . Membakar lemak dan menurunkan berat badan boleh menjadi sangat mudah jika anda tahu membuat pilihan dan membezakan antara makanan yang baik dan tidak perlu dalam menu harian anda .
Mari kita lihat , apakah pilihan yang tidak sesuai dengan diet menguruskan badan ?
1. Roti putih . Mesti ramai terkejut , kenapa saya masukkan roti putih ? Sedangkan ramai ingat roti lebih baik daripada nasi ? Betul ke lagi baik ? Kalau kita bandingkan , kebanyakan roti putih dan roti serat , kandungan nutrisinya berbeza . Roti putih sekarang lebih pada gula segera . Makan sikit ta mengenyangkan . Kebanyakan yang ambil roti putih cenderung untuk makan lebih . Kalau begitu , lebih elok ambil nasi . Roti serat lebih baik daripada roti putih .
2. Marjerin . Kalau boleh , elaklah sebarang makanan yang menggunakan marjerin . Marjerin tinggi kalori , yang dihasilkan daripada lemak tepu . Penyakit jantung , dan sebagainya selalu dikaitkan dengan marjerin dan adik beradiknya , minyak sapi .
3. French Fries. French fries bukan seperti kentang sebenar . Ia tinggi lemak tepu dan juga karsinogen . Jadi jangan samakan makan french fries dengan makan kentang .
4. Biskut . Biskut juga bukan pilihan yang baik kecuali sebahagian fiber serat . Kandungan utama dalam kebanyakan biskut adalah gula segera . Makan sikit tak kenyang , sedar sedar dah habis satu bungkus chipsmore .
5. Sosej . Mesti sedapkan makan sosej ? Sampai ada yang ingat , too protein . Tidak , yang sedap itu lemak . Lembut je rasa . Sosej dan burger sangat tinggi lemak . Ia diproses daripada campuran sisa sisa ayam , bahagian lemak dan sebagainya dan akhirnya jadi bentuk yang comel untuk dimakan .
6. Cereal . Kebanyakan cereal sangat tinggi gula . Jika anda berniat untuk makan cereal , cari cereal khas untuk diet . Terdapat pelbagai kini dalam pasaran .
7. Donut . Donut antara makanan yang boleh naikkan berat badan dengan cepat . Ia dipenuhi kalori daripada lemak tepu , gula , gula dan gula . Sebab too sedap . Lagi lagi sekarang ada kedai jual sekali 12 . Bulat macam donatlah anda .
8. Makanan berlabel ‘sugar-free’ . Walaupun ia berlabel ‘sugar-free’ tetapi ianya mengandungi pemanis tiruan . Pemanis tiruan tidak menaikkan berat badan tetapi merbahaya jika diamalkan selalu daripada aspek kesihatan . Gula tiruan yang biasa digunakan adalahaspartame . Aspartame dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti brain tumor , kemurungan , sawan , migrain , sakit sendi , insomnia , PMS , dan senarainya berterusan .
9. Makanan Dalam Satu Kategori . Maksudnya , jangan hanya makan satu makanan yang majoritinya karbohidrat , atau mungkin air semata mata . Makanan seimbang kunci kepada diet yang berjaya . Lihat piramid makanan .
10. Bihun . Ramai juga yang fikir , bihun itu pilihan yang baik . Bihun boleh menyimpan lebih banyak minyak berikutan ruang diantaranya yang halus , lebih lebih lagi bihun goreng . Kalau diperah , minyaknya boleh digoreng semula kut .
11. Air Buah . Air buah yang dimaksudkan di sini adalah air buah dengan gula segera . Boleh dikatakan majoriti produk air buah dalam kotak dan botol dipasaran adalah gula segera . Sebab itu mura h. Biasanya jus 100% berganda lebih mahal .
12. Sushi . Adakah sushi pilihan yang baik untuk diet ? Tahukah anda shrimp tempura roll itu mencecah 540 kalori . Purata kalori dalam 1 menu sushi sekitar 250 kalori . Tapi cukup ke sikit too ? Belum campur dengan sosnya yang tinggi sodium . Elakkan sushi segera . Shashimi lebih baik .
13. Makanan Proses . Jika boleh , elakkan makanan proses dalam tin dan sebagainya . Dapatkan makanan segar yang baru dimasak.
14. Mee . Mee , mee segera ? Apa kebaikannya ? Gantikan dengan spagetti atau pasta . Lebih baik dan sedap jika sesuai dengan masakannya .
15. Makanan Tambahan . Jangan terkejut , jika saya masukkan makanan tambahan . Bukan na kata makanan tambahan ta elok , tetapi ramai yang bergantung pada makanan tambahan semata mata . Makan sekali sehari tapi , 10 kali minum protein . Perkataan ‘tambahan’ bermaksud tambahan, dan bukannya pengganti menu yang lain . Jika perlu nutrisi tambahan , baru ambil.
Nota: Senarai diatas tidak termasuk lagi makanan berminyak , makanan segera , fastfood , air manis dan sebagainya yang memang terang-terang patut dielakkan .
BE THE BEST EVER SHAPE !
takan na jadi macam ni baru terhegeh hegeh na kurus or turun berat , cegah dari awal sebelum terlambat :D