Makanan Patut Elak



‘Argghh , apa aku boleh makan,  apa aku ta boleh makan ?’
Ada makanan yang baik dan sudah semestinya ada makanan yang tidak baik yang mana patut dikurangkan atau dielakkan bersesuaian dengan diet anda . Membakar lemak dan menurunkan berat badan boleh menjadi sangat mudah jika anda tahu membuat pilihan dan membezakan antara makanan yang baik dan tidak perlu dalam menu harian anda .

Mari kita lihat , apakah pilihan yang tidak sesuai dengan diet menguruskan badan ?
1. Roti putih . Mesti ramai terkejut , kenapa saya masukkan roti putih ? Sedangkan ramai ingat roti lebih baik daripada nasi ? Betul ke lagi baik ? Kalau kita bandingkan , kebanyakan roti putih dan roti serat , kandungan nutrisinya berbeza . Roti putih sekarang lebih pada gula segera . Makan sikit ta mengenyangkan . Kebanyakan yang ambil roti putih cenderung untuk makan lebih . Kalau begitu , lebih elok ambil nasi . Roti serat lebih baik daripada roti putih .
2. Marjerin . Kalau boleh , elaklah sebarang makanan yang menggunakan marjerin . Marjerin tinggi kalori , yang dihasilkan daripada lemak tepu . Penyakit jantung , dan sebagainya selalu dikaitkan dengan marjerin dan adik beradiknya , minyak sapi .
3. French Fries.  French fries bukan seperti kentang sebenar . Ia tinggi lemak tepu dan juga karsinogen . Jadi jangan samakan makan french fries dengan makan kentang .
4. Biskut . Biskut juga bukan pilihan yang baik kecuali sebahagian fiber serat . Kandungan utama dalam kebanyakan biskut adalah gula segera . Makan sikit tak kenyang , sedar sedar dah habis satu bungkus chipsmore .


5. Sosej . Mesti sedapkan makan sosej ? Sampai ada yang ingat , too protein . Tidak , yang sedap itu lemak . Lembut je rasa . Sosej dan burger sangat tinggi lemak . Ia diproses daripada campuran sisa sisa ayam , bahagian lemak dan sebagainya dan akhirnya jadi bentuk yang comel untuk dimakan .
6. Cereal . Kebanyakan cereal sangat tinggi gula . Jika anda berniat untuk makan cereal , cari cereal khas untuk diet . Terdapat pelbagai kini dalam pasaran .
7. Donut . Donut antara makanan yang boleh naikkan berat badan dengan cepat . Ia dipenuhi kalori daripada lemak tepu , gula , gula dan gula . Sebab too sedap . Lagi lagi sekarang ada kedai jual sekali 12 . Bulat macam donatlah anda .

8. Makanan berlabel ‘sugar-free’ . Walaupun ia berlabel ‘sugar-free’ tetapi ianya mengandungi pemanis tiruan . Pemanis tiruan tidak menaikkan berat badan tetapi merbahaya jika diamalkan selalu daripada aspek kesihatan . Gula tiruan yang biasa digunakan adalahaspartame Aspartame dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti brain tumor , kemurungan , sawan , migrain , sakit sendi , insomnia , PMS , dan senarainya berterusan .
9. Makanan Dalam Satu Kategori . Maksudnya , jangan hanya makan satu makanan yang majoritinya karbohidrat , atau mungkin air semata mata . Makanan seimbang kunci kepada diet yang berjaya . Lihat piramid makanan .
10. Bihun . Ramai juga yang fikir , bihun itu pilihan yang baik . Bihun boleh menyimpan lebih banyak minyak berikutan ruang diantaranya yang halus , lebih lebih lagi bihun goreng . Kalau diperah , minyaknya boleh digoreng semula kut .
11. Air Buah . Air buah yang dimaksudkan di sini adalah air buah dengan gula segera . Boleh dikatakan majoriti produk air buah dalam kotak dan botol dipasaran adalah gula segera . Sebab itu mura h. Biasanya jus 100% berganda lebih mahal .
12. Sushi . Adakah sushi pilihan yang baik untuk diet ? Tahukah anda shrimp tempura roll itu mencecah 540 kalori . Purata kalori dalam 1 menu sushi sekitar 250 kalori . Tapi cukup ke sikit too ? Belum campur dengan sosnya yang tinggi sodium . Elakkan sushi segera . Shashimi lebih baik .
13. Makanan Proses . Jika boleh , elakkan makanan proses dalam tin dan sebagainya . Dapatkan makanan segar yang baru dimasak.
14. Mee . Mee , mee segera ? Apa kebaikannya ? Gantikan dengan spagetti atau pasta . Lebih baik dan sedap jika sesuai dengan masakannya .
15. Makanan Tambahan . Jangan terkejut , jika saya masukkan makanan tambahan . Bukan na kata makanan tambahan ta elok , tetapi ramai yang bergantung pada makanan tambahan semata mata . Makan sekali sehari tapi , 10 kali minum protein . Perkataan ‘tambahan’ bermaksud tambahan, dan bukannya pengganti menu yang lain . Jika perlu nutrisi tambahan , baru ambil.
Nota: Senarai diatas tidak termasuk lagi makanan berminyak , makanan segera , fastfood , air manis dan sebagainya yang memang terang-terang patut dielakkan .
BE THE BEST EVER SHAPE !

takan na jadi macam ni baru terhegeh hegeh na kurus or turun berat , cegah dari awal sebelum terlambat :D


p/s : di coret dari ZAKI.KHAN




ODAH ODS :)

No comments:

Post a Comment