Antara wanita 250lb dan wanita 120lb


Apa yang cuba ditonjolkan oleh gambar di atas ialah perbandingan di antara wanita yang mempunyai berat 250lb (113.4kg) dan wanita yang mempunyai berat 120lb (54.4kg)
1 – Lihat pada tulang dari lutut hingga ke tumit . Pergelangan kaki wanita ini (250lb) seolah olah seperti hendak ‘tercabut’ dari posisi sepatutnya , kerana terpaksa menampung beratnya . 
2 – Perhatikan juga betapa kurusnya tulang kaki keting wanita 250lb ini berbanding wanita 120lb . Ini mungkin disebabkan pengambilan gizi yang tidak seimbang , seterusnya menjurus kepada kekurangan vitamin dan mineral yang lain seperti Vitamin D dan Kalsium .
3 – Wanita 250lb mempunyai perut dan usus yang besar berbanding wanita 120lb .
4 – Wanita 250lb mempunyai lapisan lemak badan yang banyak , tertumpu di bawah kulit dan terkumpul di sekeliling organ . Salah satu faktor mengapa berlakunya penyakit seperti lemah jantung ialah jantung si pesakit gagal berfungsi dengan sempurna dek kerana lapisan lemak tebal di sekeliling jantung yang ‘menganggu’ proses pengepaman darah .
5 – Wanita 250lb mempunyai otot lengan yang lebih kurang sama dengan wanita 120lb . Ini membawa maksud kedua dua wanita ini tidak melakukan kerja kerja berat (seperti mengangkat barang , dan sebagainya).
6 – Akan tetapi, wanita 250lb ini mempunyai otot peha yang sedikit besar berbanding wanita 120lb. Ini adalah disebabkan kaki wanita 250lb ini telah menampung berat badan yang lebih 2X ganda berbanding wanita 120lb, ketika berjalan sehari-hari.

- Terdapat 2 tompok lemak mengelilingi soket mana wanita 250lb , dah macam Masked Rider .
 Kita perlu menjaga kesihatan , mengapa kita perlu amalkan gaya hidup sihat dan mengamalkan pemakanan yang seimbang . Semua too kalau na diceritakan dalam satu entri , mahu tepu otak . Sekeping gambar ini sudah cukup untuk mewakili sejuta perkataan . Tepuk dada , tanya selera :)

ODAH ODS :)

No comments:

Post a Comment